Banyak hadis Nabi Muhammad SAW yang menerangkan mengenai kepentingan solat wajib
Antaranya Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bertanya kepada sahabatnya: "Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi
Jawab sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya."
Sabda Rasulullah: "Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan
Jabir menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "
Pada umumnya, air yang mengalir adalah bersih dan tidak kotor. Lebih-lebih lagi jika air di dalam sungai pasti lah airnya mengalir dan ia akan lebih jernih dan bersih.
Mandi di dalam air sebersih itu pasti akan menghilangkan segala kekotoran yang ada pada tubuh. Ia membersihkan segala kekotoran itu.
Solat yang dikerjakan dengan memelihara segala rukunnya samalah dengan air sungai iaitu ia akan membersihkan jiwa daripada segala dosa.
Abi Muslim At-Tighlibi meriwayatkan: "Sekali aku menemui Abu Umamah tatkala beliau berada dalam masjid.
“Aku bertanya sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah bersabda bahawa apabila seseorang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solat fardu, Allah mengampunkan segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinganya yang mendengar berita maksiat, oleh matanya yang melihat maksiat dan oleh hatinya yang terdetik ke arah maksiat.
Jawabnya: “Demi Allah, aku mendengar perkataan itu daripada Rasulullah berkali-kali."
sesungguhnya setiap penulisan yang dipaparkan di ruangan ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama....
Thursday, June 4, 2009
Hadis: Solat sempurna mampu hapuskan segala dosa
SOLAT adalah tiang agama. Oleh itu, solat termasuk dalam lima Rukun Islam yang wajib disempurnakan oleh setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment