sesungguhnya setiap penulisan yang dipaparkan di ruangan ini hanyalah sekadar untuk renungan bersama....

Thursday, June 4, 2009

Hadis: Abu Bakar teman berhijrah

DARIPADA Saidatina Aisyah, katanya: “Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi (Muhammad SAW). Baginda perlu datang juga ke rumah Abu Bakar pada pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi Baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika Baginda datang ke rumah kami waktu Zuhur. Lalu, kedatangan Baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar.”

Berkata Abu Bakar: “Nabi tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting.”

Ketika Nabi masuk ke tempat Abu Bakar, Baginda bersabda kepadanya: “Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar.”

Berkata Abu Bakar: “Ya Rasulullah! Hanya ada dua anakku, Aisyah dan Asma.”

Sabda Nabi: “Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?”

Berkata Abu Bakar: “Anda perlu teman, ya Rasulullah!”

Sabda Baginda: “Ya, kawan.”

Berkata Abu Bakar: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda.”

Sabda Nabi: “Kuambil seekor dengan harganya.” – (Hadis riwayat Bukhari).

2 comments: